TIP TUNAIKAN UMRAH
Tips Menunaikan Umrah diMekah dan Madinah
Kalau yang first time pergi sana memang la tak tahu apa nak preparekan??kat sana macam mana environmentnya.. apa nak buat.. macam macam la kan..Persediaan haruslah rapi untuk pergi Umrah nii. Takkan main terjah je. Jadi kami senaraikan yang terbaik di antaranya. Apa yang anda kena perhatikan ialah:
- Musim
Umumnya keadaan di Arab Saudi ada 2 musim yang selalu terjadi, sama ada musim panas dan kering atau musim sejuk dan kering. Lazimnya musim sejuk bermula pada pertengahan bulan November hingga Mac diikuti musim panas pada bulan April hingga Oktober. Bila musim kering ni kulit dan bibir kita akan kering juga. Tumit kaki pun selalu pecah-pecah. Jadi jangan lupa bawa pelembap kulit. Pastikan tanpa alkohol, pewangi dan wajib halal. Sekiranya musim panas, bawalah bersama cermin mata hitam untuk melindungi mata anda. Kalau tak memang nak buka mata pun tak boleh.. SILAU Tapi kalau suhu sejuk pulak, jangan lupa bawa bersama jaket tebal dan sarung tangan.
2. Duit
Anda boleh menukar wang di Malaysia atau di Makkah/ Madinah yang banyak terdapat di sana. Kadar tukaran terkini ialah RM100 bersamaan SR85 dan tukaran ini biasanya bergantung pada kadar tukaran semasa. Pada musim Umrah Tabung Haji tidak ada menyediakan perkhidmatan di Mekah dan Madinah.Jika mahu mengeluarkan wang di Tabung Haji perlu ke Tabung Haji di Jeddah. Bukalah akaun simpana Al-Rajhi dan mohon Kad ATM. Semasa di sana had pengeluaran sehingga SR5000 sehari.
3. Perbezaan waktu
Perbezaan waktu antara Malaysia dengan Arab Saudi ialah 5 jam. Jika terasa rindu nak menghubungi keluarga di sana pastikan waktu yang sesuai yee.. Jangan call ketika mereka sedang nyenyak tido pulak, tak terangkat nanti call tu.. Sebagai contoh jika waktu di Mekah jam 7 pagi, maka waktu di Malaysia jam 12 tengahari.

4. Tukar kepada telefon mudah alih Saudi
Nak call sahabat yang sama-sama berada di Tanah Suci atau keluarga yang ada di Malaysia? boleh je. Dapatkan khidmat syarikat telekomunikasi di sana seperti Al-Jawal, Mobily atau Zain. Kadarnya jauh lebih rendah. Jimat kan?
Walaubagaimanapun, terdapat khidmat wifi yang di sediakan hotel disana. Jadi boleh gunakan sebaiknya.

5. Sediakan bekalan ubat secukupnya
Sediakan payung sebelum hujan. Boleh prepare awal bawa ubat batuk, ubat selesema, panadol dan sebagainya. Yelakan kita tak tahu keadaan kesihatan kita di sana. Lagipun harga ubat di Arab Saudi jauh lebih mahal berbanding harga ubat di Malaysia.
Selain daripada list yang kami senaraikan ni, anda boleh telusuri lagi dengan bacaan selanjutnya. So, kami ambil dari kawan alam maya kami dan post kembali di sini supaya anda semua boleh buat rujukan nanti.
.
Jangan ambil mudah semua urusan. Yelakan kita dah jadi tetamu Allah ni memang kena buat yang sehabis baik. Cari gali lagi ilmu supaya kat sana nanti tak la termangu-mangu. Bila dah pergi kursus, dah ada ilmu, baru lapang dan senang hati nanti.
.
Ada satu lagi yang kami ambil dari kawan alam maya kami, yang boleh membantu persiapan anda. Jangan lupa baca dan fahamkan yee. semoga semua artikel ni membantu dan bermanfaat untuk anda. In sha Allah
0 ulasan: