HAJI

19:25 edarantt.larkin 0 Comments

RUKUN ISLAM KE-5 



Haji adalah mengunjungi Baitullah (Ka'abah) di Mekah bagi melaksanakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Haji merupakan rukun islam ke-5 yang wajib dilaksanakan oleh Umat Islam bagi yang mampu dan hendaklah dilakukan sekali seumur hidup. 

Haji adalah simbolik bagi penyerahan jiwa kepada Allah. Dilakukan di Mekah setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia yang menghimpunkan seluruh umat Islam.

Pelaksanaan ibadah Haji sering berubah dari tahun ke tahun. Ia dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. Terdapat beberapa dalil mengenai ibadah Haji. Antaranya dalah seperti di dalam ayat ke-27, Surah Al-hajj dan ayat ke-97, Surah Ali Imran.
 وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
 Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia)
 فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّـهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
 Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.

0 ulasan: