SYARAT HAJI
SYARAT HAJI
Keempat-empat mazhab dalam fahaman Ahli Sunnah WalJamaah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan bahawa syarat-syarat menunaikan haji adalah seperti berikut:
- ➧Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah.
- ➧Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji.
- ➧Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh.
- ➧Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah.
- ➧Berkemampuan. Bagi syarat ini, terdapat beberapa bahagian yang perlu dipatuhi seperti:
- 1. ➽Berkuasa membayar semua perbelanjaan haji sehingga selesai.
- 2. ➽Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik daripada haji.
- 3. ➽Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
- 4. ➽Keadaan perjalanan hajinya adalah aman daripada sebarang kekacauan.
- 5. ➽Tidak mengalami sebarang masalah semasa berada dalam kenderaan.
Bagi mazhab Hambali, ia menambah dua lagi syarat iaitu sihat anggota tubuh badan dan perjalanan haji itu hendaklah aman.
1.➤ Bersama suami atau Mahram.
2. ➤Tidak berada dalam idah cerai atau mati.
Syarat - syarat Haji mengikut Mazhab Maliki bagi perempuan: (ditambah)
1. ➤Boleh keluar mengerjakan Haji apabila terdapat kawan perempuan yang boleh dipercayai samada muda atau tua.
Syarat - syarat Haji mengikut Mazhab Hambali bagi perempuan: (ditambah)
1. ➤Terdapat kawan perempuan beserta wanita Islam yang boleh dipercayai.
Syarat - syarat Haji mengikut Mazhab Shafie bagi perempuan: (ditambah)
1. ➤Bersama Mahram (Suami) atau mahram yang tidak boleh dikahwini.
0 ulasan: