BADAL HAJI

00:31 edarantt.larkin 0 Comments

UPAH HAJI


Kami dari EDARAN TRAVEL & TOURS SDN BHD ada menawarkan perkhidmatan upah haji bagi orang yang telah meninggal dunia dan uzur.  Badal haji ini akan dilaksanakan oleh pelajar - pelajar dan petugas - petugas Malaysia yang berada di Mekah dan Madinah. 
Upah Haji bagi seorang sebanyak RM1800 sahaja.

Hadiah & cenderahati setelah selesai haji
  • Sijil Badal Haji
  • Air Zam Zam 5liter
  • Minyak Wangi
  • Tasbih
  • Kurma
  • Qurma
  • (Lelaki) kopiah/serban & sejadah
  • (Perempuan) telekung & sejadah

Proses Perlaksanaan
↻ Daftar dengan syarikat.
↻ Bayaran terus ke akaun syarikat. Terima pengesahan pembayaran.
↻ Perlaksanaan haji pada musim haji pada tahun tersebut. 
↻ Pemberian sijil badal haji dan hadiah cenderahati. 


ERTI BADAL HAJI

Haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat -syarat yang tertentu. Dilaksanakan bagi mereka yang berkemampuan untuk melaksanakan haji namun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan seperti terlalu tua atau uzur sehingga tiada harapan untuk sembuh. 

SYARAT BADAL HAJI


  • Terlebih dahulu, dia telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada perasaan was-was terhadap ibadah Hajinya yang terdahulu.
  • Hanya menunaikan Haji untuk seorang sahaja pada sesuatu musim Haji.
  • Ia hendaklah berniat ihram, lantas berihram sama ada: di Miqat orang yang hendak dihajikannya atau; di Miqat yang sama jauh dengn Miqat orang yang hendak dihajikan olehnya atau; di Miqat yang telah ditentukan kepadanya oleh penyuruh pelaksanaan Haji, tetapi jika segala di atas tidak ditentukan kepadanya, bolehlah baginya berihram di mana-mana Miqat yang dirasakan mudah baginya.
  • Orang yang yang menunaikan Haji Badal perlulah seorang yang telah akil baligh.



0 ulasan: