KURSUS UMRAH (KG.MELAYU)
MASJID BULATAN, KG MELAYU JOHORKursus Umrah yang dianjurkan oleh pihak syarikat secara percuma untuk jemaah dan kakitangan Masjid bagi sesi 1/2018.
Tarikh : 17/11/2018
Masa : 8.30 Pagi sehingga 12.00 Tengahari
Penceramah : Ustaz Azlan
Objektif
program :-
1. Memberikan pendedahan dan memantapkan
pemahaman tentang bagaimana ibadah umrah / haji itu di laksanakan.
2. Pengisian program praktikal umrah /
haji ini dapat meningkatkan dan mengukuhkan output penghayatan pembelajaran
umrah / haji di peringkat amali.
3. Semua para jemaah akan diberi
pengalaman belajar tatacara ibadah umrah secara teori dan praktikal sebagai
langkah awal melaksanakan tuntutan ibadah.
4. Mengenalkan cara pemakaian IHRAM dan di
sebalik larangan-larangan ketika dalam ihram.
5. Melahirkan rasa kecintaan kepada Allah
S.W.T dan baginda Nabi Muhammad S.A.W serta perjuangan nabi-nabi terdahulu.
6. Memupuk minat untuk belajar dan
mengkaji sejarah islam dan keagungan islam.
Alhamdulillah Kursus telah berlangsung dengan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan kursus ini. Sebelum tu, jom tengok gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.
0 ulasan: