APA YANG MENARIK DI HO CHI MINH

20:29 edarantt.larkin 0 Comments

APA YANG MENARIK DI HO CHI MINH VIETNAM???


OFC LAH SHOPPING!!!!

Hasil carian imej untuk SHOPPING KAIN DI VIETNAM  Hasil carian imej untuk SHOPPING KASUT DI VIETNAM Hasil carian imej untuk SHOPPING BEG DI VIETNAM

Assalamualaikum,
Kalau sebut tentang Vietnam perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita mesti shopping, 
Di Vietnam, Terkenal dengan tempat shopping yang SUPER MURAH!!!! Kepada korang yang minat bershopping tu, boleh lah join pakej kami. Tip dari mereka yang dah ke sana, kalau kita beli kain selalunya owner kedai akan tunjukkan dan pilihkan dan bezakan satu kain yang berkualiti dan kurang berkualiti. Selalunya harganya akan lebih kurang sama dan korang tinggal pilih saja. Bagi mengetahui kain itu benar - benar berkualiti atau tidak, korang garu - garukan kain itu tengok sama ada manik pada kain itu tercabut atau tidak. Perempuan atau mak - mak mesti tahulah cara nak pilih kain yang betul dan cantik. 

Untuk pengetahuan semua, kami dari EDARAN TRAVEL ingin berkongsi beberapa tempat shopping murah di Vietnam.

TEMPAT SHOPPING MURAH DI HO CHI MINH, VIETNAM :-

1)  BEN THANH MARKET.
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam

Ben Thant Market adalah tempat shopping yang popular dan terbesar di Ho Chi Minh.Pelbagai barangan seperti hasil tangan tempatan, kasut, pakaian, kain pasang, telekung, makanan dan barangan hiasan di jual di sini. Kalau nak tempah baju kurung pun boleh dah boleh siap dalam masa yang singkat. 

2)  MALAYSIAN STREET 

Hasil carian imej untuk malaysian street vietnam

Turut terletak berhadapan Pasar Ben Thant dan di sini terdapat banyak hotel dan restoran halal untuk kemudahan pelancong Islam. Nama sebenar Malaysian Street ni ialah Jalan Nguyen An Ninh Street. Terdapat deretan kedai menjual pakaian termasuk kain pasang dan telekung di sepanjang jalan ni. Ada kedai yang berhawa dingin dan ada kedai yang biasa je. 

3) SAIGON SQUARE SHOPPING MALL


Saigon Square Shopping Mall merupakan 2 tingkat arked beli belah yang menjual pelbagai fesyen pakaian, kasut, aksesori dan barangan kemas. Terdapat banyak barangan tiruan di jual di sini tapi pada tahap kualiti yang baik. Shopping di sini lebih selesa berbanding di Pasar Ben Thant kerana arkednya berhawa dingin. Arked dibuka seawal 8 pagi sehingga 10 malam.

Seronok kan kalau ke Vietnam ni. Boleh shopping puas-puas bagi yang kaki shopping tegar. 
Jadi, Tunggu apa lagi?????? Cepat hubungi kami untuk membuat tempahan pakej ke Ho Chi Minh Vietnam!!!!


Call /Whatsapp :
07-2373066 (HQ)
011-10662547 (Hasanah)

0 ulasan: