RUKUN & JENIS HAJI

00:33 edarantt.larkin 0 Comments

RUKUN & JENIS

Rukun

Gambar menunjukkan arah tawaf dan sa'i di Makkah.
Rukun haji merupakan suatu amalan asas yang mesti ditunaikan. Jika rukun-rukun haji tidak dilakukan, maka hajinya adalah tidak sah dan ia wajib digantikan.

Rukun-rukun haji adalah seperti:
  • ➽Niat ihram haji.
Lafaz niat haji hendaklah dilakukan di Miqat dan jika jemaah haji sudah berada di kawasan Makkah, maka niat boleh dilafaz di kawasan itu sendiri. Selepas niat, para jemaah wajib menjaga segala amalan mereka terutamanya berkaitan amalan wajib dan larangan semasa dalam melakukan haji.
  • ➽Wukuf di Arafah.
  • ➽Melontar tiga jamarah ( ula, wusta dan akabah)
  • ➽Melakukan tawaf rukun (tawaf ifadhah)
  • ➽Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Shafa dan Marwah.
  • ➽Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong tiga helai rambut.
  • ➽Tertib, yakni menjalankan rukun haji secara berurutan.

Jenis

Ibadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
















  • ➹Haji Ifrad : Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.
  • ➹Haji Tamattuk: Tamattuk bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.
  • Haji Qiran: Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah).
Sebelum 8 Zulhijjah
berihram dari Miqat dan memasuki Mekah dan Masjidilharam. Tawaf Qudum dan sembahyang sunat Tawaf 2 rakaat. Multazam - zamzam dan berada di Mekah. 

8 Zulhijjah
Beredar ke Mina

9 Zulhijjah 
Pergi ke Arafah. Bertolak ke Muzdalifah

10 Zulhijjah
berjalan ke Mina. Melontar Jamrah Aqabah. Bercukur atau bergunting.  Tawaf Ifadhah. Sa'ie.

11 - 13 Zulhijjah
Melontar ketiga - tiga Jamrah. Tawaf Wida' 


2. HAJI TAMATTUK











Tamattu' bermakna jemaah Haji berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram Umrah. Setelah itu dia berihram untuk mengerjakan Haji dari Mekah.


Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji seperti memakai pakaian berjahit, memakai wangian, bersetubuh dengan isteri. 

Tarikh Perlaksanaan:

Sebelum 8 Zulhijjah
Berihram umrah dari Miqat. Memasuki Mekah dan Masjidilharam. Tawaf umrah dan sembahyang Sunat. Tawaf 2 rakaat. Multazam - zamzam. Sa'ie Umrah. Bercukur atau bergunting. Berada di Mekah.

8 Zulhijjah
Berihram Haji di Masjidilharam. Beredar ke Mina.

9 Zulhijjah
Pergi ke Arafah. Bertolak ke Muzdalifah.

10 Zulhijjah
Berjalan ke Mina. Melontar Jamrah Aqabah. Menyembelih dam. Bercukur atau bergunting. Tawaf Ifadhah. Sa'ie.

11 - 13 Zulhijjah
Melontar ketiga-tiga Jamrah. Tawaf Wida'.


3. HAJI QIRAN















Qiran ialah berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah secara serentak) dari miqat-miqat yang ditetapkan kemudian dia mengerjakan ibadat Umrah seterusnya kekal berada di dalam keadaan berihram di Mekah sehingga hari kelapan Zulhijah, waktu Haji lalu dia mengerjakan ibadat Haji kemudian bertahallul dari ihramnya.
Perangkaan tempat yang terdapat pada sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran secara berperingkat.

Qiran dinamakan sedemikian kerana ia bermaksud menyertakan bersama iaitu menghimpunkan di antara Haji dan Umrah pada bulan-bulan Haji di dalam satu perjalanan musafir serta menggunakan satu niat.

Tarikh Perlaksanaan:

Sebelum 8 Zulhijjah
Berihram haji dan Umrah. Memasuki Mekah dan Masjidilharam. Tawaf Umrah. Sembahyang Sunat. Tawaf 2 rakaat. Multazam - zamzam. Sa'ie umrah. Berada di Mekah.

➼  8 Zulhijjah
Beredar ke Mina.

9 Zulhijjah
Pergi ke Arafah. Bertolak ke Muzdalifah,

10 Zulhijjah
Berjalan ke Mina. Melontar Jamrah Aqabah. Menyembelih Dam. Bercukur atau bergunting. Tawag Ifadhah. Sa'ie.

11 - 13 Zulhijjah
Melontar ketiga - tiga Jamrah. Tawaf Wida'.






0 ulasan: