HAJI MABRUR
HAJI YANG DITERIMA
Ibn Kholawaih mentakrifkan al Mabrur sebagai al
Maqbul iaitu "diterima". Dan ada yang mengatakan sesuatu
yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur
dosa).
Apabila merujuk kitab
hadis yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meriwayatkan hadis-hadis daripada
Abu Hurairah dan Aisyah tentang kelebihan "Haji
Mabrur", Manakala Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang
diterima di dalam bab "Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan".
Cara mencapai haji
mabrur
Bagi mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut;
1. ➤ Hajinya hendaklah
ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
Imam Nawawi ketika
menafsirkan hadith diatas dengan berkata “mabrur (diterima) adalah baik
hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa.
Ada yang mengatakan tidak ria’ pada hajinya”
Niat menunaikan haji
hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain
daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya
yang membawa kepada kemurkaan ALlah
Di dalam Musnad Ahmad,
ada sebuah hadith:
“Sesiapa yang keluar
dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan
satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah,
malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih
bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari
rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya
bersama benderanya, dan bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali
ke rumahnya”
2. ➤Perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
Di dalam Sahih Muslim
ada hadith menyebut:
“Sesungguhnya Allah
itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah
menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah.
Kemudian baginda membacakan ayat alQuran
“Wahai sekalian Rasul,
makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya
aku tahu apa yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]”
Kemudian Rasulullah
membacakan lagi :
“Wahai orang-orang
yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami
rezekikan” [Surah alBaqarah 172]
Kemudian disebut,
seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata “Ya Tuhanku”
sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya
punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima??”
Oleh itu, sewajarnya
sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali
sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari
sumber-sumber yang halal.
3. ➤Melakukan fardhu
haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
Bermula dengan niat
sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya.
Sebagai seorang muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa
menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Ini sesuai dengan
sabda Baginda;
“Sesiapa yang
memperbaharui urusan agama (menokok tambah), maka mereka bukan dari kalangan
kami (umat Muhammad)”
4. ➤Melakukan ibadat
haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya
Ali Radiyallahu’anh
ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab “Kau
hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah
kerana Rasulullah mengucupnya, sudah pasti aku tidak aku mengucupnya”
Ini jelas menunjukkan
kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa
menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.
5. ➤Setelah menunaikan
haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak
berkemampuan menunaikan Haji
Ini sesuai dengan
hadith :
“Ya Rasulullah,
sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak
ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya?
Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika
emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya.
Sabda Nabi : Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih
layak dilunaskan (hutangnya)”.
Didalam hadith yang
lain:
“Ya Rasulullah,
sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku
seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu
menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya”
0 ulasan: