MASJIDIL HARAM

01:41 edarantt.larkin 0 Comments

KOTA SUCI

Pastinya tempat yang sering muncul di fikiran ialah mengunjungi masjidil haram. Sebuah kota suci umat Islam yang mampu memuatkan lebih kurang 1.8 juta orang dalam satu masa. Banyak tempat yang menarik untuk dilawati jika berada di sini.


Tempat wudhu'
Ramai yang tidak mengetahui tempat wudhu' jika berada di Masjidil Haram selain daripada yang terdapat di luar. Sebab itu, ramai yang terbatal wudhu' sanggup menggunakan air minum yang disediakan untuk mengambil wudhu' semula. Jika kamu berada dekat Ka’bah, perhatikan setiap tangga lebar dari lantai satu yang digunakan untuk turun menuju pelataran Ka’bah. Di balik tangga-tangga tersebut ada sebuah tempat yang disediakan untuk jamaah mengambil wudhu'.

Sumur Zam-Zam
Di bawah Masjidil haram terdapat sumur zam-zam yang airnya tidak pernah kering dan mampu menghilangkan dahaga.Air yang melahirkan kepercayaan khasiat dan keberkahan akan didapatkan oleh umat muslim yang meminumnya. Karena sumber air zam-zam terdapat di bawah tanah Masjidil Haram. Aktiviti mengisi air zam-zam boleh kamu saksikan pada gate 93 di penjuru masjid. 

Siaran skrin 
Jika terlupa bagaimana untuk melakukan tawaf dan sa'ie, jangan risau kerana di sana disediakan skrin kecik yang memaparkan langkah-langkah untuk mengerjakan setiap rukun tersebut. 

Aplikasi Menterjemah Bahasa
Memang dinantikan saat untuk solat Jumaat di Masjidil Haram. Namun, seribu kali sayang jika kita tidak faham bahasa Arab yang dituturkan khatib di sana. Tapi jangan bimbang kerana ada 1 aplikasi yang boleh di muat turun untuk menukar Bahasa Arab kepada bahasa yang lain seperti Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis mahupun Bahasa Urdu. 

0 ulasan: