UMRAH UNTUK WANITA

20:00 edarantt.larkin 0 Comments

7 Tips terbaik untuk wanita

1) Ketika Tawaf

  • Wanita digalakkan untuk memakai seluar di bahagian dalam jubah. Lebih selesa kalau pakai yang jenis tight cotton. Sebenarnya bukan apa, dapat pengaliran udara yang baik yelakan nak berjalan jauh tuu. 
  • Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Kalau pakai stokin macam tak berapa sesuai sebabnya kaki akan cepat sakit dan stokin cepat terkoyak. Jadi kasut memang dicadangkan dan memang digunakan khas untuk tawaf.
  • Ketika nak masuk ke tempat tawaf tu, disarankan untuk jalan mengiring dan jangan melawan arus.
  • Nak tawaf tapi terpaksa berseorangan? tak pe boleh je pergi ke tingkat 1. Kat sana lebih selamat dari di rempuh atau ditolak jemaah lelaki. Cumanya perjalanan untuk melengkapkan 1 pusingan tawaf tu jauh sikit la. 
  • Boleh upah pekerja masjidil haram untuk menolak kerusi roda sekiranya sudah uzur. Namun, ada bayaran yang dikenakan. 
2) Ketika Sa'ie

  • Pakai seluar didalam jubah dan berkasut. Perjalan untuk menghabiskan sa'ie lebih cepat ebrbanding tawaf kerana kurang sesak. Jadi memang disarankan memaki kasut. Sekiranya nk sewa motor khas pun boleh cuma ada bayaran yang dikenakan. 
3) Pakai Niqab

  • Ketika panas terik atau ketika berlaku ribut pasir , jika jika menggunakan niqab ni dapatlah membantu melindungi wajah selain daripada dapat emngelakkan kita daripada diganggu. Nak mudah boleh beli siap-siap sebelum berangkat kesana. Tapi semasa dalam ihram tak boleh tutup muka yee.
4) Pakaian

  • Bawa 4-5 helai jubah sudah memadai. Boleh basuh jubah bila ada masa terluang. Terpulang nak basuh sendiri atau nak hantar laundry service di hotel anda menginap tu.
  • Boleh je nak pakai selain jubah macam baju kurung, blouse dengan skirt pun boleh. Asalkan menutup aurat.
  • Bawa je baju atau tudung yang tak perlu digosok aka Ironless. Mudahkan segala urusan.Nak terus pakai mini telekung pun boleh. Dari hotel ke masjid pakai siap-siap, jadi bila sampai di masjid boleh terus solat.
  • 1 lagi bawa hanger tau dari sini. Senang nak menggantung segala yang diperlukan.
5) Bawa beg kasut

  • Rak kasut di Mekah tidaklah banyak seperti di Madinah. Jadi kami sarankan anda untuk bawa beg kasut supaya dapat mengelakkan risiko kasut kita hilang atau kita terlupa letak kasut di mana. Pintu kita masuk kadangkala bukanlah pintu yang sama kita gunakan untuk keluar. Jadi cuba bayangkan kalau kita letak kasut di pintu masuk tu kemudian keluar ikut pintu lain. Alamatnya memang tak jumpa la kasut tuu. Bawa beg kasut tu yang berzip seeloknya supaya seandainya kasut tu kotor, tak la terjatuh kotoran tu. 
6) Makanan

  • Tak bawa makanan pun tak pe sebab kat sana banyak je kedai - kedai atau mall yang jual makanan.Lagipun kat sana bukanlah lama. Kalau teringin makan fast food pun kat sana ada. Cuma ada perkongsian dari sahabat kita, dia kata kat sana tak jumpa sos cili stail Malaysia. Jadi bolehlah prepare untuk bawa sos cili.
7) Tandas

  • Memang jauh tandas dengan tempat solat bila anda di Mekah. Kalau dah terpaksa jugak pergi tandas biasanya memang tak dapatlah duduk balik di tempat yang sama nanti. Tapi jangan risau, boleh solat dibahagian bangunan masjid yang baru.Berhadapan dengan hotel Intercontinental. Kat situ kurang penuh dan dekat dengan tandas. Sejam sebelum azan, memang kena ada dalam masjid sebabnya kalau lambat tempat dah penuh pintu pun ditutup tau. 
Okay itu sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih pada Nor Sajidah atas perkongsiannya di Fb.


0 ulasan: